Berita Hari Ini

Najib Dipanggil SPRM Lagi

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ke ibu pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Sumber SPRM mengesahkan Najib akan tiba 5 petang nanti.

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat mengesahkan sama ada SPRM memanggil Najib untuk siasatan berkaitan 1MDB.

Najib dipanggil agensi anti-rasuah itu untuk membantu siasatan berkaitan SRC International sebanyak 2 kali, iaitu 22 dan 24 Mei lalu yang keseluruhannya mengambil masa lebih 11 jam.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melakukan pecah amanah dan 1 dakwaan menyalahgunakan jawatannya membabitkan RM42 juta dana SRC International.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");