Berita Hari Ini

Najib Disoal Siasat SPRM, Didakwa Esok Berkaitan Kes SRC

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keterangan kepada agensi anti-rasuah itu buat kali ke-3.

Najib tiba 4.58 petang tadi dengan sebuah kereta Toyota Vellfire putih dan diiringi 2 kenderaan polis.

Kereta itu dilihat meninggalkan kawasan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia kira-kira 5.55 petang tadi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan mengesahkan mereka mengambil keterangan Najib selama 45 minit bagi membantu siasatan kes SRC International.

Katanya, Najib akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur esok, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Menurutnya, pertuduhan berkaitan kes SRC International itu dibuat selepas mendapat kelulusan peguam negara.

Terdahulu, sumber dipetik Bernama berkata, Najib dijangka berdepan 3 lagi pertuduhan pengubahan wang haram esok.

Najib dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berkaitan SRC International sebanyak 2 kali, iaitu 22 dan 24 Mei lalu yang keseluruhannya mengambil masa lebih 11 jam.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melakukan pecah amanah dan 1 dakwaan menyalahgunakan jawatannya membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Mahkamah menetapkan esok sebagai tarikh pengurusan kes itu di depan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");