Membawang Hari Ini

Natasha Hudson Sambut Aidiladha Bersama Pelarian Syria di Jordan

PETALING JAYA: Pelakon Natasha Hudson memberitahu dia bakal menyambut perayaan hari raya Aidiladha yang jatuh pada 22 Ogos ini bersama pelarian Syria di Mafraq, Jordan.

Natasha menerusi Instagramnya memberitahu misi kemanusiaan itu bakal memperlihatkan dia bersama badan sukarelawan Amal Hope akan menunaikan janji dan amanah orang ramai yang telah menyumbang untuk melakukan qurban.

“Assalamualaikum semua, doakan kami okay. Malam ini nak berjalan jauh ni ke Marfaq, Jordan untuk misi kemanusiaan dengan oganisasi saya Amal Hope.

“Berdebar saya sambut Aidiladha kali ini dengan pelarian Syria di sana dan menunaikan janji dan amanah serta qurban untuk anda sekalian,” katanya.

Perkongsian Natasha di Instagram miliknya.

Natasha atau Natasha Liana Hudson 36, berangkat ke Jordan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Natasha menerusi status itu, turut berterima kasih kepada semua individu yang telah membuat sumbangan bagi tujuan itu dan membantu pelarian Syria di Jordan.

“Anda semua sangat hebat kerana menyumbang. Saya sayangkan anda semua!

“Semoga Allah membalas segala kebaikan anda. Doakan kami selemat pergi dan pulang,” katanya.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");