Perak Hari Ini

Nga Hock Cheh,Ismail Yusof Dilantik Senator Negeri Perak

IPOH:Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan pemilihan Ahli Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh dan Pengerusi Tetap Kongres Nasional (PKR), Ismail Yusof sebagai calon Ahli Dewan Negara selama tempoh tiga tahun.

Pemilihan tersebut melihat kedua-dua calon mendapat majoriti 31 undi.

Terdahulu DUN Perak turut meluluskan perlantikan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Negeri Perak pada sesi pergulungan Penggal Pertama Sidang DUN Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Jawatankuasa tersebut dipengerusi oleh Adun Malim Nawar yang telah dipersetujui semua dan diluluskan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Bagi senarai ahli jawatankuasa terdiri daripada Adun Keranji Chong Zhemin selaku Timbalan Pengerusi, Adun Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim (ahli),Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Adun Pasir Panjang (ahli) Yahya Mat Nor, Adun Teja Ng Shy Ching (ahli) serta Adun Gunung Semanggol Razman Zakaria (ahli).

Sementara itu, turut diluluskan perlantikan jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap dipengerusikan oleh Speaker Dewan.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada Adun Lintang, Datuk Mohd Zulkafly Harun, Adun Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohammad Daud, Adun Kamunting, Dr Muhd Fadhli Nuruddin,Adun Ulu Kinta, Mohd Arafat Varisai Muhamad,Adun Astaka,Teoh Yee Chern dan Adun Selama, Mohd Akmal Kamarudin.

Pada persidangan yang sama turut dilantik ahli bagi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusi oleh Datuk Ngeh Koo Ham selaku speaker.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, Adun Temengor, Salbiah Mohamed, Adun Bercham, Ong Boon Piow,Adun Buntong, A.Sivasubramaniam, Adun Pokok Asam, Leow Thye Wih dan Adun Kubu Gajah, Khalil Yahya.

Seramai 7 ahli jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baru DUN Perak yang dipengerusikan Speaker DUN Perak.

Ahli terdiri daripada Adun Bukit Chandan Maslin, Sham Razman, Adun Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norasyikin Wan Nordin, Adun Aulong, Nga Kor Ming,Adun Caning, Jenny Choy Tsi Jen,Adun Mengelembu, Chow Kam Foon dan Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");