Perak Hari Ini

NGO Perak Minta Henti Main Isu Hak Milik 999 Tahun

IPOH: Mana-mana pihak diminta supaya berhenti daripada terus memainkan isu berkaitan status tanah hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung baharu di negeri ini.

Desakan itu dilontarkan oleh 32 wakil Pertubuhan Permuafakatan Melayu Perak (PPMP) yang berasa khuatir terhadap isu tersebut termasuk dakwaan wujudnya desakan terhadap Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusi pertubuhan, Kahar Md Yassin tampil mempersoalkan sama ada kerajaan yang kini diterajui Pakatan Harapan adakah sanggup mengadaikan janji menegakkan undang-undang negara selepas memiliki kuasa.

“Kami sama sekali tidak berniat menafikan hak mana-mana kaum tetapi yang kami tekankan adalah untuk mengelakkan perbalahan di antara masyarakat berbilang kaum pada masa hadapan,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Katanya lagi, perkara tersebut telah jelas berdasarkan Dasar spesifik mengenai pemegangan tanah bagi kawasan kampung baru telah diputuskan oleh Majlis Tanah Negara pada tahun 1997 yang mana tempoh pajakan bagi kampung baru ditetapkan maksimum 99 tahun.

“Kami ingin bertanya adakah Kerajaan Pakatan Harapan sanggup membuat keputusan bercanggah dengan perlembagaan setelah mendapat kuasa? Adakah boleh digunakan sewenang-wenangnya,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya isu tersebut terus dimainkan ia perlu dibawa ke peringkat kerajaan Pusat untuk dibincangkan sedalamnya dan keputusan seterusnya perlu selari dengan perlembagaan.

“Jika cadangan ini diteruskan NGO-NGO Perak akan bangkit beramai-ramai untuk membantah sekeras-keranya dan jangan ada pihak dalam Kerajaan Pakatan Harapan cuba membuat dasar atau keputusan yang akan memecah-belahkan perpaduan kaum di negeri kerana kerana ingin mendapat populariti singkat,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden Pewaris Malaysia merangkap penasihat PPMP Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata pihak NGO tidak teragak-agak untuk tampil membantah sekiranya isu ini terus diketengahkan.

“Kami mendesak supaya apa sahaja keputusan yang akan dibuat melibatkan hak pemilikan tanah 999 tahun ini terlebih dahulu dibincangkan dan dipersetujui oleh Majlis Tanah Negara (MTN) untuk mengelakkan kekeliruan rakyat dan kita mahu pastikan Kerajaan Pakatan Harapan tidak membuat keputusan bercanggah dengan perlembagaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");