Panasnya Hari Ini

Pas Beri ‘Gred D’ Pencapaian Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Pas menganggap pencapaian Pakatan Harapan (PH) hanya pada gred D kerana hanya berjaya melaksanakan 30 peratus manifesto 100 hari yang dijanjikan sebelum ini, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Itu kiasan Timbalan Presiden Pas yang menganggap jika pelajar mendapat gred sedemikian mereka wajar mengambil semula peperiksaan.

Apa pun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mahu kerajaan PH perlu bertanggungjawab atas kegagalan itu.

“Saya letak (markah) dalam 27 hingga 30 peratus. PH hanya berjaya Gred D..tengah ulang balik kertas peperiksaan tersebut.

“Bila mereka gagal bermakna jawatankuasa ini gagal membuat pengkajian yang teliti sebelum kemukakan kepada rakyat termasuk soal-soal hutan sebab perkara ini bukan sulit,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, sebagaimana dilaporkan MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan PH dan 10 manifesto yang dibuat pada PRU-14 lalu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menempelak beberapa tindakan yang tidak sepatutnya dibuat tanpa mengutamakan manifesto untuk rakyat seperti cadangan mewujudkan kereta nasional ketiga dan Grand Prix Formula 1.

“Kerajaan buat benda-benda yang di luar yang sepatutnya nak membina kereta ketiga, kemudian formula 1 akan dihidupkan kembali yang bukan keutamaan bagi rakyat kali ini,” kata Tuan Ibrahim Tuan Man lagi.

Beliau dalam masa yakin pengundi yang sedar akan ketidakmampuan parti itu bakal diterjemah menerusi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia.

“Mood rakyat sekarang cuba mempertikaikan sejauh mana komitmen PH menunaikan janji yang lain. Kebetulan tamat tempoh janji 100 hari PH bersamaan hari penamaan calon PRK DUN Balakong dan Seri Setia.

“Kita akan nilai sejauh mana rakyat menilai janji 100 hari yang diterjemahkan dalam kotak,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");