Perak Hari Ini

Pegawai Keselamatan Ganti Polis Kawal Pintu Masuk DUN Perak

Pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini dikawal oleh pegawai keselamatan dan bukan lagi anggota polis

Speaker DUN, Ngeh Khoo Ham berkata ia bagi mengelakkan kejadian pada 2009 berulang, apabila pihak polis menyerbu masuk ke dalam DUN dan membawa keluar speaker.

“Perubahan ini perlu supaya ia tidak timbul persepsi negatif bahawa Dewan Undangan Negeri Perak adalah dibawah jagaan dan kawalan sebuah agensi pihak eksekutif.

“Kita tidak mahu insiden yang berlaku pada 7hb Mei 2009 di mana pihak polis telah menyerbu masuk Dewan Undangan Negeri dan secara paksa telah mengusung keluar Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri daripada Dewan Undangan Negeri.

“Insiden tersebut merupakan satu titik hitam dalam sejarah Dewan Undangan Negeri Perak dan insiden sedemikian tidak harus berlaku,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Pada 7 Mei 2009, Speaker DUN Perak V Sivakumar (gambar) dibawa keluar secara paksa dari dewan undangan negeri oleh pihak polis apabila BN ingin melantik speaker DUN mereka sendiri.

BN berjaya melakukan rampasa kuasa untuk membentuk kerajaan negeri pada bulan Februari tahun itu tetapi tidak bersidang untuk melantik seorang sepaker baru.

Penyingkiran Sivakumar menandakan berakhirnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

BN kekal berkuasa di negeri itu sehingga 9 Mei tahun ini, apabila Pakatan Harapan (HARAPAN) menawan negeri itu dengan 29 kerusi.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");