Jenayah

Pelajar Tahfiz Lemas

SUNGAI BULOH: Seorang pelajar tahfiz berusia 15 tahun lemas ketika mandi di Tasik Biru Kundang, Jalan Kundang di sini, semalam.

Mayat Mohd Akmal Hakim Yazid ditemui di dasar tasik itu pada kedalaman 3.5 meter, iaitu 100 meter dari tebing tasik pada jam 9.50 malam semalam, kira-kira tiga jam selepas dilaporkan lemas.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Mangsa adalah pelajar Tahfiz Darul Ulama yang terletak berhampiran dengan tasik itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang, Yazli Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.34 malam mengenai seorang pelajar hilang ketika mandi di tasik itu.

Berikutan itu, sepasukan 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi pencarian pada mulanya berhadapan kesukaran kerana hujan lebat, namun kita meneruskan pencarian di permukaan air dan menyelam. Mayat mangsa akhirnya ditemui di dasar tasik,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Siasatan awal mendapati Mohd Akmal yang berasal dari Pasir Gudang, Johor, pergi ke tasik untuk mandi manda bersama seorang guru dan dua lagi rakan, kira-kira jam 7 malam.

Ketika berenang, mangsa dipercayai cuba memijak dasar tasik namun kawasan itu mempunyai curam dalam kerana bekas lombong, yang menyebabkannya tenggelam.

Berikutan itu, guru mangsa cuba mencari dengan menyelam ke dasar tasik namun tidak berjaya sebelum menghubungi talian kecemasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");