Jenayah

Pemandu Bas Rapid Cedera Di Bahagian Kepala Ditahan

KUALA LUMPUR: Pemandu bas henti-henti milik RapidKL yang melanggar tujuh kenderaan di Ampang dekat sini, telah ditahan polis di Hospital Ampang bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata pemandu berkenaan yang mengalami kecederaan di bahagian kepala masih lagi menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Ujian saringan awal air kencing pemandu itu turut dilakukan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 8.00 malam itu, sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh sebuah bas henti-henti dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang di sini.

Video berdurasi 1 minit 37 saat yang memaparkan kejadian berkenaan tular dalam media sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");