Jenayah

Pemandu Bas Rempuh Kenderaan

KUALA LUMPUR – [ DIKEMASKINI ] Bagaikan babak filem aksi sebuah bas dipandu laju hingga melanggar beberapa buah kenderaan di depan bangunan Risda Jalan Ampang dan berakhir di simpang jalan Ampang / Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) malam tadi.

Kejadian itu tular menerusi video berdurasi 1.39 minit yang tersebar di laman media sosial sejak jam 10 malam.

Pemandu bas berkenaan sebelum itu dikatakan merempuh sebuah kereta menyebabkan ia terbabas dan melanggar sebuah gerai burger.

Kejadian dipercayai turut menyebabkan seorang wanita yang dikatakan memangku seorang bayi berusia dua bulan terpelanting.

Pemilik gerai burger kemudian dipercayai mengejar bas terbabit dari Keramat AU2 sehingga ke Lebuhraya MRR2.

Sepanjang aksi mengejar bas yang turut dirakam dalam video,kenderaan itu dilihat merempuh beberapa buah kereta sebelum terhenti dan tersekat di laluan yang sesak lapor Sinar Harian.

Pemandu bas yang cuba melarikan diri akhirnya ‘dicekup’ orang ramai sebelum kelihatan ‘disoal siasat’ dalam video berdurasi 34 saat.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam di hadapan bangunan Risda Jalan Ampang dan berakhir di simpang jalan Ampang / Lebuhraya lingkaran tengah dua (MRR2).

“Semua mangsa sedang proses membuat laporan polis. Pemandu bas berada di hospital Ampang menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu bas berkenaan berkemungkinan akan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penyiasat sedang menyiasat lagi dan kami belum buat keputusan,” katanya.

Difahamkan, syarikat bas berkenaan membuat sidang akhbar berhubung kejadian itu, malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");