Jenayah

Pemandu Bas Tular Direman Hingga Selasa

SHAH ALAM – Pemandu yang tular di laman media sosial memandu bas melulu hingga melanggar beberapa buah kenderaan malam Khamis lalu direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, lelaki tersebut disiasat bawah Seksyen 15 (a) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pemandu akan direman hingga Selasa ini bagi bantu siasatan,” katanya menerusi sistem aplikasi WhatsApp lapor Sinar Harian.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan pemandu bas terbabit dalam insiden rempuhan sekurang-kurangnya tujuh buah kereta di Jalan Ampang, di sini, Khamis lalu didapati positif dadah.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, dilaporkan sekurang-kurangnya empat cedera selepas tujuh kereta dilanggar bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Datuk Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kejadian menunjukkan bas berkenaan dipandu laju apabila dikejar penunggang motosikal itu direkod orang awam dan video berdurasi 1 minit 39 saat menjadi tular di media sosial.

Dalam rakaman video, penunggang motosikal turut dirakam memaki hamun pemandu bas yang dikatakan melanggar ibunya, sebelum pemandu bas terbabit melarikan diri apabila kenderaan itu tidak bergerak selepas merempuh kenderaan lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");