Perak Hari Ini

Penamatan Perjanjan Pemilikan Harta Intelek, Suatu Langkah Terbaik MAPS – MB

IPOH: Keputusan Movie Animation Park Studios (MAPS) yang menamatkan perjanjian pemilikan harta intelek dengan DreamWorks Animation L.L.C ke atas kawasan tarikan DreamZone merupakan suatu langkah yang baik, kata Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Ujarnya, ia selari dengan cadangannya kepada MAPS agar menjalinkan kerjasama dengan pihak lain bagi membolehkan kawasan tarikan itu dibuka kepada pengunjung dengan kadar segera.

“Saya percaya keputusan pentadbiran MAPS ataupun Perak Corporation Bhd (PCB) yang dibuat ini akan membantu mereka menyegerakan proses membuka semua tarikan yang ada, supaya pengunjung merasakan tiket yang dibeli, nilainya berbaloi dengan permainan yang ada.

“Sekarang ni kawasan tarikan agak terhad. Ramai yang pergi, menyatakan seronok kerana tempat yang cantik tetapi mereka tidak merasakan perbelanjaan mereka itu berbaloi,” katanya.

Selain itu, Menteri Besar tidak menafikan bahawa terdapat beberapa pemain industri lain yang menyatakan hasrat mereka berminat untuk bekerjasama dengan MAPS.

Beliau juga secara peribadi berharap agar selepas mengadakan kerjasama dengan pihak yang baharu, harga tiket masuk ke taman tema tersebut serta harga barangan cenderahati, makanan dan minuman di situ akan lebih murah berbanding sekarang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan KPPSM Negeri Perak Ke-43 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Semalam, Ketua Pegawai Operasi MAPS, Shafeii Abdul Gaffor mengesahkan perjanjian pemilikan harta intelek antara MAPS dan DreamWorks telah ditamatkan bulan lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");