Perak Hari Ini

Penyelewangan RM9 Juta Konsultan PEKA: MB Sedia Kerjasama Dengan Sprm

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perak memandang serius dakwaan penyelewengan lebih RM9juta melibatkan seorang bekas pegawai kanan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, penahanan individu berkenaan difahamkan membabitkan ketirisan jutaan ringgit dana rakyat di bawah pengurusan pentadbiran yang lalu.

“Saya difahamkan individu berkenaan telah ditahan semalam dan telah dibawa ke Mahkamah Ipoh pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman untuk siasatan lanjut.

“Kerajaan negeri Pakatan Harapan menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan yang telah berlaku dalam agensi milik penuh kerajaan Perak tersebut, sejak ia ditubuhkan pada tahun 2011 sehingga Mei lalu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perlancaran Pavilion Extreme Park di PWTC, hari ini.

Ahmad Faizal dalam masa yang sama turut memberi jaminan bahawa kerajaan Perak dibawah Pakatan Harapan akan memberikan sepenuh kerjasama bagi membantu SPRM dalam siasatan ke atas PEKA.

Malah katanya, sekiranya terdapat bukti kukuh berlakunya penyelewangan seperti didakwa, maka pihak terbabit perlu dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Ini adalah selari dengan pendirian kerajaan negeri Pakatan Harapan yang tidak berkompromi dengan sebarang bentuk penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, dan ketirisan yang menyebabkan kerugian kepada dana awam.

“Kerajaan negeri akan terus berkerjasama dengan semua agensi penguatkuasaan di atas prinsip menghormati kedaulatan undang-undang,” katanya lagi.

Dalam pada itu kerajaan negeri akan terus menjalankan siasatan dalaman ke atas semua syarikat berkaitan kerajaan ngeri (GLC) dan agensi kerajaan negeri.

Jelas beliau, sekiranya wujud unsur penyelewangan, salah guna kuasa dan rasuah maka laporan akan dibuat segera kepada SPRM dan pihak Polis serta agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, SPRM Perak telah membongkarkan penyelewengan berhubung kes tuntutan palsu oleh konsultan bagi PEKA.

Kesemua bayaran tuntutan bernilai lebih RM9juta dari konsultan berkenaan dipercayai telah dibuat bagi tempoh 5 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");