Perak Hari Ini

Perak Mahu Ketengahkan Potensi ‘E-Sports’

IPOH:Kerajaan Negeri bagi mengembangkan potensi sukan ‘E-Sports’ yang berupaya menjadi platform membentuk jaringan dalam industri sukan maya tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Belia dan Sukan Kerajaan Negeri, Howard Lee Chuan How berkata kerajaan negeri juga merancang dalam masa terdekat bagi menganjurkan kejohanan E-Sports di bandaraya Ipoh kelak.

“Kerajaan negeri bercadang untuk menganjurkan persidangan pertama seumpamanya di negera ini berkaitan E-Sports.

“Persidangan ini bakal mengumpulkan komuniti terutamanya penggiat di belakang tabir sukan seperti penganjur acara, juruhebah, pengaturcara (programmer), jurulatih, kru dan agen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pergulungan persidangan pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

“Menerusi portfolio saya kini dalam peringkat terakhir bagi mewujudkan satu majlis Perundingan sukan E-Sport untuk menarik para pemain sukan ini termasuk juga syarikat yang berminat di sebalik tabir dapat berkongsi pendapat serta nasihat untuk penganjuran sukan eletronik ini,”katanya.

Katanya, cadangan tersebut akan memperkukuhkan lagi kedudukan Perak sebagai hub E-Sports di Malaysia.

“Dalam kita membahaskan tentang perkembangan sukan konvensional, kita
tidak sepatutnya mengabaikan sukan elektronik (E-Sports) yang semakin mendapat sambutan di peringkat global khususnya golongan belia.

Katanya, Sukan Asia 2018 yang bakal berlangsung di Indonesia buat pertama kalinya akan menjadikan E-Sports sebagai sukan demonstrasi malah dijangka pada Sukan
Asia 2022 di China, E-Sports bakal menjadi sukan yang menawarkan pingat kepada para peserta.

“Perkembangan pesat E-Sports banyak didorong oleh minat yang mendalam melibatkan kalangan anak-anak muda, perkembangan internet dan teknologi serta pelaburan syarikat-syarikat permainan video yang telah membelanjakan jumlah peruntukkan yang besar menaja pelbagai kejohanan E-Sports,” katanya.

Katanya lagi Kerajaan negeri komited untuk mengembangkan potensi sukan maya dengan kerjasama semua pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");