Perak Hari Ini

Perak Tuan Rumah Pertama SUKMA Laksana Ujian Doping Semasa, Pra-Penganjuran

IPOH: Negeri Perak akan menjadi tuan rumah pertama penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang melaksanakan ujian doping di peringkat pra-penganjuran secara rawak kepada semua atlet negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How berkata setiap venue akan dilengkapi dengan pasukan dan stesen anti-doping bagi semua kontinjen negeri semasa acara sukan tahunan itu berlangsung.

Jelasnya, inisiatif mengadakan ujian doping di peringkat pra-penganjuran merupakan sebagai salah satu langkah pencegahan bagi memastikan tiada sebarang pingat yang terpaksa dikembalikan.

“Sekarang ianya sedang berlangsung. Jika di peringkat awal ini ada didapati yang menggunakan barang-barang terlarang, nama mereka tidak akan disenarai pendek.

“Kita tidak mahu apabila mereka bertanding, secara tidak sedar mempunyai barang terlarang dalam badan, dan mereka menang. Disebabkan itu pula mereka terpaksa pulangkan kembali pingat yang dimenangi,” katanya.

Tambahnya, ujian doping juga akan dilakukan kepada semua pembekal makanan tambahan untuk para atlet Perak.

“Kami telah menasihatkan semua jurulatih dan pengurus sekiranya ada apa-apa makanan tambahan yang diberi tidak melalui Majlis Sukan Negara, yang diberi kepada atlet akan melalui pemeriksaan ini, untuk pastikan tiada sebarang unsur bahan terlarang dalam makanan tambahan tersebut,” jelasnya.

Ujar Howard, inisiatif ini mendapat kerjasama daripada Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak serta Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).

Beliau juga yakin dengan kemampuan jumlah anggota bagi melaksanakan ujian doping di semua peringkat penganjuran SUKMA Perak 2018.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");