Perak Hari Ini

Percanggahan Pendapat Dengan MB Perak, Dari Sudut Perlembagaan- Aziz Bari

IPOH:Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan percanggahan pendapat dengan Menteri Besar hanya mengenai sudut perlembagaan.

Katanya ia bukannya soal pemberian hak milik tanah,kerana Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu juga sependapat untuk menunaikan manifesto Pakatan Harapan Negeri Perak secara keseluruhan.

“Saya hanya menjelaskan perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan91(5) tidak menyebut soal halangan kerajaan negeri memberikan hak milik kekal kepada penduduk kampung baru,kampung tersusun dan peneroka Felda,” katany menerusi satu kenyataan hari ini.

Malah katanya beberapa penjelasan telah dibuat sebelum ini namun beliau menyifatkan kenyataan tersebut telah dimanipulasi oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya sebagai seorang yang mendalami perlembagaan menceritakan dari sudut undang-undang bahawa kerajaan negeri tidak ada masalah untuk melaksanakan manifesto Pakatan Harapan dibawah teras ke3 iaitu “Keadilan sosial dan demokrasi”untuk memberikan tanah hak milik kekal kepada bukan sahaja kampung baru,tetapi juga kampung tersusun dan peneroka felda.

“Sebagai makluman,kampung tersusun dan peneroka felda adalah mejoriti Melayu disitu jadi tak timbul soal saya membela kaum Cina.

“Pihak pembangkang telah menjadikan ia sebagai isu perkauman dan isu kampung baru terus disebut-sebut tanpa disertakan mengenai isu kampung tersusun dan peneroka Felda yang mejoritinya adalah penduduk Melayu,” katanya.

Malah katanya kenyataan Menteri besar semalam yang mengakui tidak menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak telah membuktikan tohaman beliau mendesak Menteri Besar untuk memberikan tanah kepada Cina hanyalah propaganda jahat pembangkang.

Sementara itu beliau mengakui menyambut baik terhadap usaha penganjuran bengkel bagi membolehkan semua manifesto kerajaan NegeriPerak dilaksanakan.

“Saya tiada sebarang bantahan terhadap penganjuran bengkel itu,” katanya.

Aziz turut memberi penegasan bahawa beliau bukanlah pejuang bagi masyarakat Cina untuk mendesak kepada isu pajakan 999 tahun kepada kampung baru.

Beliau terdahulu hadir pada majlis Korban Perdana di Asrama Darul Salam yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");