Berita Hari Ini

Permohonan ‘Gag Order’ Najib Diketahui Hari Ini

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi kira-kira jam 8:50 pagi bagi mendengar keputusan mahkamah berhubung permohonannya melarang media melaporkan perbincangan berkaitan merit dan pertuduhan dihadapinya.

Najib tiba dengan diiringi peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna putih.

Permohonan secara bertulis berhubung perintah larangan tersebut, sebelum ini dikemukakan Shafee yang mewakili Najib.

Selain pihak media, kelihatan sekumpulan penyokong Najib berkumpul di luar kompleks mahkamah untuk memberikan sokongan kepada beliau.

Turut kelihatan, 2 anaknya, Norashman dan Nooryana Najwa.

Selain keputusan mahkamah berhubung permohonan Najib itu, prosiding yang diketuai hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini juga dijangka menetapkan tarikh sebutan kes perbicaraan terhadap 7 pertuduhan ke atas ahli Parlimen Pekan itu.

Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 3 pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International, dalam 2 akaunnya 4 tahun lalu.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap 3 pertuduhan pecah amanah dan 1 pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Prosiding dijangka bermula 10 pagi ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");