Perak Hari Ini

Persiapan Sambutan Aidiladha Sederhana

IPOH:Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan esok, umat Islam di negeri ini tidak ketinggalan membuat persiapan secara sederhana tetapi masih dalam suasana meriah.

Seperti kebiasaannya, orang ramai membeli pelbagai barangan untuk menyediakan juadah enak untuk hidangan di pagi Aidiladha.

Tinjauan Peraktoday.com.my mendapati rata-rata masyarakat Islam sibuk membeli barangan untuk persiapan menyambut perayaan tersebut dan tidak juga ketinggalan membawa anak-anak keluar berjalan-jalan sekitar pasaraya sempena cuti sekolah.

Malah yang menjadi tumpuan harga barangan keperluan termasuk barangan mentah yang rata-rata dilihat yang berada dalam keadaan seperti kebiasaan

Menurut seorang pengguna, Mohd Syafiq Ikram, kesibukan bekerja tidak menghalangnya melakukan persiapan untuk menyambut Aidiladha dan berbelanja mengikut keperluan.

“Walaupun sibuk bekerja, saya tetap mengambil peluang untuk menyediakan semua keperluan bagi meraikan Hari Raya Aidiladha esok termasuklah membeli bahan-bahan mentah yang diperlukan tetapi mestinya rasa perhatikan harga setakat ini semua baik dan tiada barang yang dinaikkan harga,” ujarnya lagi.

Seorang lagi pengguna, Siti Bazriah Jaafar berkata, beliau sekeluarga meraikan Aidiladha secara sederhana dan mengikut kemampuan.

“Persiapan secara sederhana sahaja juadah yang dibeli tidak berlebihan kerana sekarang kita perlu lebih berjimat cermat,” katanya.

Antara yang menjadi tumpuan pembeli adalah barangan mentah seperti ayam segar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");