Panasnya Hari Ini

Pertikai MB Peja: Apa Niat Aziz Bari?

Menjelang tempoh 100 hari pemerintahan PH di Perak, belum pun lagi panas punggung MB Peja memegang jawatan berkenaan nampaknya sudah ada gerakan nak gulingkan beliau. Ape kes PH Perak ni, adakah mereka menginginkan sejarah 2008 kembali.

Antara individu yang secara terang-terangan tidak sebulu dengan MB Peja adalah Adun DAP, Aziz Bari dan Adun dari AMANAH, Nizar Jamaluddin. Kedua-duanya nampak seperti kemaruk jawatan atau title ‘MB’ di Perak.

Mungkin Aziz Bari dan Nizar sudah lupa bahawa pemilihan Peja sebagai MB Perak mendapat berkenan Sultan Perak dan ia secara langsung menunjukkan kedua-dua mereka tidak mendapat restu Sultan.

Menyingkap sejarah kedua-dua pemimpin ini, mungkin ada yang sudah lupa siapakah Aziz Bari dan apakah yang telah dilakukan terhadap institusi Raja-Raja?

Abdul Aziz dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja itu bukan sesuatu yang lazim selain menyifatkannya sebagai tidak konsisten. Minggu lalu, Sultan Sharafuddin bertitah tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak dalam isu pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais pada Majlis Malam ‘Thanksgiving’ di DUMC Ogos lalu. Baginda bertitah keputusan tersebut diambil selepas meneliti laporan Jais serta mendengar nasihat pakar agama serta pakar udang-undang. Bagaimanapun baginda menitahkan Jais memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.-Mstar

Dan kini Aziz Bari dalam gerakan desakan untuk menjadi MB? Dimana relevannya.

Semakin menunjukkan belangnya, Aziz Bari kini semakin berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan MB Peja.

Terbaru isu tanah telah menjadi topik hangat dalam Persidangan Dun Perak dan bagi tidak mengeruhkan keadaan, selaku kepimpinan tertinggi perkara itu menjadi antara hujah MB Peja di sesi pergulungan.

“Memandangkan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat sekarang ini di bawah Pakatan Harapan, perkara ini akan dipanjangkan kepada kerajaan Pusat untuk pertimbangan melalui MTN.

“Dalam hubungan ini, jika ada tindakan kerajaan-kerajaan negeri yang membelakangi keputusan MTN tersebut, maka tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai tidak mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sesi penggulungan Sidang Dun, hari ini. – Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu ( Sinar Harian)

 

“Perkara 91 (5) ini menjelaskan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara (MTN) untuk berunding dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan, itu sahaja dan bukan berkaitan hak milik.

“Jadi bagaimana boleh kata ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Di sini saya nak memberi pencerahan kerana ia sudah dimasukkan dalam janji Pakatan Harapan Perak,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, perkara itu sebenarnya tidak timbul sama sekali kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa meluluskan sebarang pemberian hak milik tanah kepada kampung baharu dan kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan tetapi hanya memberikan nasihat sahaja.-Aziz Bari (Sinar Harian)

Aziz Bari diharap cerminlah diri dan berhenti terus menjadi Agen DAP. Tindakan beliau ini tidak sedikitpun menguntungkan PH sebaliknya PH Perak akan terus jahanam.

Rakyat Perak pun dah penat dengan konflik politik di Perak. Bagilah masa pada MB Peja untuk membuktikan segala Manifesto PH tu mampu dilaksanakan. Ini belum apa-apa kau dan tayang masalah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");