Berita Hari Ini

Polis Sedang Cari Jalan Kesan Lokasi Jho Low – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mencari jalan untuk mengesan lokasi sebenar ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, buat masa ini, polis tidak mengetahui lokasi sebenar Jho Low biarpun terdapat dakwaan bahawa ahli perniagaan itu lari ke China selepas meninggalkan Macau.

Katanya, PDRM ada menghubungi pihak berkuasa negara berkenaan termasuk mengenai laporan Jho Low sudah ditahan di China, baru-baru ini, namun maklum balas diterima negatif dan tiada tangkapan sebagaimana dilaporkan.

“Buat masa ini, kita tidak ada maklumat mengenai lokasi Jho Low berada biarpun sebelum ini dia dikatakan lari ke China selepas meninggalkan Macau.

“Kita ada berhubung dengan pihak berkuasa di China, termasuk mengenai laporan tangkapan, tetapi tiada maklum balas,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan kursus ‘Professional Communication Course’ yang disertai 30 pegawai kanan dan Ketua Polis Daerah di Maktab Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Ditanya sama ada PDRM ada menghubungi peguam Jho Low bagi mengesannya, beliau berkata, buat masa ini, pihaknya tidak berbuat demikian.

Pada 11 Julai lalu, Mohamad Fuzi mengesahkan bahawa Jho Low, ahli perniagaan yang menjadi buruan berikutan pembabitan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sudah meninggalkan Macau tanpa diketahui lokasi terbarunya.

Katanya, makluman mengenai Jho Low itu dihantar menerusi emel daripada pihak berkuasa Macau kepada PDRM.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");