IPOH:Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) diteruskan penganjuran bagi kali ke-9 dengan penglibatan semua pihak termasuk pelajar sekolah.
Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata penganjuran ini diteruskan kesinambungan setelah mengambil kira kebaikannya untuk masyarakat biarpun ia dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.
“Saya mengharapkan festival ini akan dapat diperhebatkan dan diperluaskan dengan melibatkan pelajar di peringakat sekolah,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Katanya lagi, PULARA 9 akan berlangsung pada 28 November hingga 21 Disember ini melibatkan penyertaan 20 negara antaranya Brunei Darulsalam, China, Korea Selatan, Turki dan Belanda.
“Saya mencadangkan penyertaan peserta melibatkan pelajar sekolah dan pihak penganjur disaran supaya menyediakan hadiah penulisan diadakan pada peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat dari sekarang.
“Pihak festival disaran agar memberi pendedahan mengenai kesusteraan kepada anak muda yang belum fasih,” katanya.
Sementara itu Pengarah PULARA, Mohd Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Malim Ghozali Pk menyatakan festival kali ini mengetengahkan ‘PULARA MENDUNIA’ sebagai bukti tahap serius para karyawan memartabatkan seni dan budaya di negara ini.
“Ada tiga komponen puisi dan lagu rakyat, persidangan “Bahasa dan Persuratan Melayu Merentasi Zaman” dan hadiah sastera Darul Ridzuan,” katanya.
Seperti saban tahun penganjuran Tourism Perak dan Yayasan Kampung Karyawan Malim diberi tanggungjawab mengendalikan festival tersebut yang mensasarkan penyertaan 500 orang peserta.
Bagai penganjuran para peserta akan dibawa melawat bandar Kuala Kangsar dan mengadakan bacaan puisi, persembahan kebudayaan di Lata Kinjang, Kampung Karyawan Malim di Kampar serta persembahan Budaya Nusantara diadakan di Dataran Amanjaya.