Perak Hari Ini

“Saya Serius Bawa Ronaldinho Ke Perak”

IPOH:”Saya serius membawa Ronaldinho ke Perak, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengenai hasrat menarik bekas Pemain Terbaik Dunia dari Brazil itu untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Katanya hasrat Ronaldinho yang menyatakan minat untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) secara percuma membuatkan pihak persatuan berhasrat menjemputnya menyertai pasukan Perak.

“Sahut hasratnya itu cuma setakat ini saya sedang mencari ejen berhubung dengan beliau,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak di Padang Tanjung Rambutan hari ini.

Biarpun bekas pemain terbaik dunia itu sudah tidak beraksi selama hampir lapan bulan namun berdasarkan faktor tarikannya sebagai pemain terbaik akan menarik minat para penyokong Bola sepak melihat aksinya kelak.

Bagaimanapun katanya sekiranya Ronaldinho bersetuju dia tidak akan beraksi bagi sepenuh musim liga berlangsung.

“Berkaitan kekangan kewangan pastinya tiada masalah timbul kerana beliau berhasrat main secara percuma tetapi kita akan sediakan kemudahan untuk dia sekiranya berminat,” katanya.

Terdahulu Majlis Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak adalah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan kibaran jalur gemilang.

Konvoi telah bergerak sekitar 2,600 kilometer bermula dari Seberang jaya dan akan menamatkan perjalanan pada 31 ogos di Putrajaya yang melibatkan 133 kakitangan Jabatan Penerangan.

Jelas Hasnul semua pihak perlu mengambil bahagian menunjukkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap lokasi tempat tingal juga kenderaan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");