Jenayah

SPRM Bebas Siasat Pegawai Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu disahkan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan salahguna kuasa dalam pembayaran hutangnya berjumlah RM800,000.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Abdul Samad berkata, parti itu sentiasa mengalu-alukan tindakan SPRM menyiasat pegawai itu.

Katanya, ia adalah bukti kebebasan SPRM dalam campur tangan politik dan satu keperluan untuk menjamin pentadbiran yang bersih unsur rasuah.

“Jika ada kes yang boleh disabitkan maka SPRM diminta mendakwa pegawai berkenaan.

“Tiada mana-mana pimpinan AMANAH akan membela individu berkenaan atau menuntut pendakwaan dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Katanya, ini adalah komitmen AMANAH kepada rakyat untuk menjamin sebuah pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah.

Semalam Malaysiakini melaporkan seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedag disiasat ekoran dakwaan dia menerima wang kira-kira RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan hutang serta membebaskannya daripada status muflis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");