Perak Hari Ini

SPRM Panggil Tiga Pengurusan Pafa

IPOH: Tiga individu terdiri daripada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan.

Presiden (Pafa) Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim bagaimanapun berkata ia adalah siasatan biasa setelah SPRM menerima sesatu laporan.

“Setakat ini tiada sebarang respon lagi daripada pihak SPRM untuk dipanggil pendakwaan setelah dipanggil pihak SPRM pada minggu lepas,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak di Padang Tanjung Rambutan hari ini.

Katanya individu yang dipanggil adalah jawatankuasa sesi lepas serta kepimpinan Pafa kini.

Tambahnya lagi, Kerajaan baru dibawah pimpinan Pakatan Harapan membuka pintu seluasnya kepada pihak SPRM untuk melakukan siasatan.

“Kita tunjuk kerterbukaan kepada sesiapa yang terlibat harus didakwa kita tidak ada melindungi walaupun yang dipanggil adalah sebahagian pegawai Pafa kini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");