Perak Hari Ini

Sultan Perak Berkenan Rasmi Sidang DUN-14

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat untuk menyempurnakan istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Istiadat pembukaan berkenaan bermula sebaik sahaja Baginda berangkat tiba sekitar jam 9.30 pagi, bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Keberangkatan tiba baginda turut disambut oleh Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu; Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal  serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak dengan iringan Pancaragam Polis Di Raja Malaysia Cawangan Kedah dipimpin Inspektor Mohd Noor Effendi Mohd Yusof dan dibantu Sajran Mejar Abdul Rashid Abdullah.

Sultan Nazrin kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 102 anggota dan tiga pegawai daripada Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta yang diketuai Deputi Supritendan Mohd Nazri Ramlee.

Selesai istiadat berkenaan, Sultan Nazrin diiringi ke Bilik Diraja sebelum berangkat masuk ke Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan titah ucapan perasmian.

Baginda memulakan titah ucapan pembukaan mesyuarat pertama pada jam 10:10 pagi dengan mengupas pelbagai aspek di negeri ini sebelum tamat bertitah pada jam 11.09 pagi.

Persidangan DUN akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");