Berita Hari Ini

Tiada Kes HFMD di Pasar Raya – JKNT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan negeri (JKNT) menafikan laporan yang didakwa dikeluarkan jabatan itu mengenai kes positif virus Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di beberapa pasar raya di negeri ini.

Pengarahnya, Dr Mohammad Omar, berkata pernyataan itu adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius dakwaan palsu itu yang boleh mencetuskan rasa panik dalam kalangan penduduk negeri ini.

“JKNT menafikan mengeluarkan kenyataan berkaitan kes positif HFMD di beberapa pasar raya di negeri ini.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat berkaitan HFMD dengan pihak berwajib sebelum sewenang-wenangnya mempercayai dan menyebarkannya,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");