Panasnya Hari Ini

‘Tiada Perbincangan Untuk Gantung BN’

“Kami tidak pernah bincang, tiada keperluan (untuk bincang),” katanya yang merupakan timbalan pengerusi BN kepada Malaysiakini.

Mohamad mengulas artikel di The Malaysian Insight yang bertajuk “BN digantung sementara, kata Umno”.

Artikel itu memetik Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa sebagai berkata: “BN pada masa ini perlu digantung untuk sementara waktu. Biar kita cuba pendekatan baru.”

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Annuar untuk mengulas perkara itu.

Sementara itu, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran berkata beliau tidak tahu tentang sebarang langkah untuk menggantung BN.

“Saya tidak tahu tentang perkara ini dan akan tunggu pengesahan,” katanya ketika dihubungi.

Gabungan politik yang memerintah negara selama 61 tahun itu dalam keadaan terumbang-ambing selepas tewas di tangan Pakatan Harapan pada PRU ke-14.

Parti komponen di Sarawak telah keluar dan menubuhkan gabungan sendiri pada Jun lalu, sementara GERAKAN mengambil langkah sama tidak lama selepas itu.

BN kini dianggotai tiga parti yang mengasaskannya iaitu Umno, MCA dan MIC. 51 daripada 54 kerusi parlimen mereka adalah daripada Umno.

Malah MCA juga merancang untuk menggunakan logo sendiri dalam PRK Balakong dan bukannya logo ‘dacing’ seperti kelazimannya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");