Berita Hari Ini

Umno Gesa Najib Kongsi Maklumat Tentang Jho Low

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Mohamed Khaled Nordin menggesa Datuk seri Najib Razak berkongsi maklumat tentang ahli perniagaan Low Taek Jho yang melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia.

Khaled berkata sebarang perkongsian maklumat akan membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes berkaitan 1MDB serta membersihkan nama Najib dan keluarga.

“Sekiranya mereka mengetahui dan mempunyai maklumat tentang Jho Low, sudah pastilah menjadi tanggungjawab mereka untuk berkongsi dengan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Khaled berkata, isu berkaitan 1MDB harus ditamatkan segera supaya kerajaan boleh tumpu kepada isu lain yang lebih penting, bukan kepada isu skandal yang tidak berkesudahan.

“Kita mahukan Jho Low, dan semua yang terlibat dalam skandal ini, dibawa ke muka pengadilan dan melalui proses yang sewajarnya secara telus dan teratur.

“Hanya inilah cara terbaik berhadapan dengan semua yang terlibat,” katanya.

Low dikehendaki pihak berkuasa Malaysia dan beberapa negara lain atas peranannya dalam skandal 1MDB. Ahli perniagaan itu berikrar tidak akan menyerah diri kepada mana-mana kuasa di mana kesalahan “telah ditentukan lebih awal”.

Najib pada Julai didakwa di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");