Berita Hari Ini

Undi Tak Percaya Terhadap MB Perak Hanya Spekulasi, Kata Exco

PARIT BUNTAR: Isu berhubung undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hanya bersifat spekulasi memandangkan hubungan beliau dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri amat baik, kata seorang exco hari ini.

Pada masa sama, Exco Kemudahan Awam, Infrustruktur, Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamhari berkata sebaiknya perkara itu juga tidak terus diperbesar-besarkan.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Melayu yang menyatakan ada desas-desus wakil rakyat akan membuat undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

Sementara itu, Abdul Yunus turut mengingatkan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) agar berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan ia dimanipulasikan oleh pihak lain.

“Isu pemberian hak milik tanah adalah isu sensitif dan itu boleh diselesaikan dengan baik bagi mengelak spekulasi yang boleh menggugat keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming semalam yang dilaporkan mahu kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung baharu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");