Sukan Hari Ini

Wilshere Miliki Persamaan Dengan Pirlo – Pellegrini

PENGURUS West Ham, Manuel Pellegrini, membandingkan Jack Wilshere dengan legenda Itali, Andrea Pirlo, menjelang aksi berdepan Arsenal.

Pemain tengah berpengalaman, Wilshere, akan kembali berdepan Arsenal bersama West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada esok selepas meninggalkan Theb Gunners secara percuma pada penghujung musim lepas.

Wilshere merupakan antara pemain yang berkualiti di Stadium Emirates, bagaimanapun kecederaan meleburkan peluangnya untuk beraksi secara konsisten bersama Arsenal dan England.

Bagi Pellegrini –- yang menyaksikan kekalahan berturut-turut West Ham — membincangkan mengenai mutu permainan Wilshere yang mirip seperti legenda AC Milan dan Juventus, Pirlo.

“Jika anda memerlukan pemain-pemain yang laju, mereka tidak mampu melakukannya. Tetapi jika anda memerlukan teknikal dan kurang kehilangan penguasaan bola, mereka boleh digandingkan bersama.

“Ramai yang masih lagi Juventus ketika empat atau lima tahun yang lalu, mereka bermain dengan seorang pemain tengah bertahan. Pirlo bertindak sebagai pemain tersebut, sama seperti Wilshere. Dia memiliki persamaan dengan Wilshere,” kata Pellegrini, lapor Stadium Astro.

Bekas pengurus West Ham dan England, Sam Allardyce mendakwa Wilshere dan Mark Noble terlalu perlahan untuk digandingkan sebagai pemain tengah.

Pellegrini menjawab, “Ia pendapat beliau. Saya mengenali dan menghormati Allardyce. Setiap orang memiliki pendapat yang berbeza.

“Saya berasakan Wilshere perlu bermain dengan rentaknya sendiri. Dia bukan seorang pemain tengah bertahan. Dia lebih selesa di bahagian tengah dan mengawal tempo permainan serta melakukan hantaran-hantaran kepada pemain lain.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");