shadow

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, bagi penggal 2018-2021.

Memetik laporan Astro Awani, selain Yusmadi, Setiausaha DAP, Lim Hui Ying juga dilantik sebagai Senator untuk penggal yang sama.

Keputusan untuk melantik kedua tokoh politik ini adalah bagi menggantikan Siti Aishah Shaik Ismail (PKR) dan Dr Ariffin S.M Omar (DAP) yang menamatkan khidmat mereka pada awal bulan Jun 2018.

Yusmadi, 43, memegang ijazah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala Hui Ying, 55, memegang ijazah ekonomi Universiti Malaya dan menyertai DAP pada 1999.

Yusmadi merupakan Penasihat Politik kepada bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lim Hui Ying adalah puteri kepada tokoh DAP Lim Kit Siang, dan adik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Komen & Pendapat