Membawang Hari Ini

Zahiril Adzim Disuruh Mencarut

PELAKON Zahiril Adzim mendedahkan dia diminta oleh pihak penstriman dalam talian, Iflix, untuk menggunakan kata-kata kasar dan mencarut dalam drama KL Gangster Underworld.

Zahiril, 34, berkata, ia adalah bagi menghidupkan watak yang dibawanya itu sebagai seorang ahli kumpulan gengster.

“Masa saya dapat skrip ada dua tiga ayat mencarut ada tertulis tapi saya teragak-agak untuk gunakan kerana bahasa tersebut jarang digunakan dalam drama tempatan.

“Kemudian Iflix tegur dan minta saya gunakan bahasa kasar dan mencarut dalam drama itu. Saya okey sahaja cuma saya masih jaga batasannya,” ujarnya kepada mStar Online.

Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama terbitan Ifix yang bakal disiarkan secara dalam talian bermula Khamis, pukul 6 petang di saluran itu.

Barisan pelakon menjayakan KL Gangster Underworld.

Sementara itu, Zahiril yang membawakan watak Adi berkata, dia kembali membawakan watak hitam itu semula selepas 10 tahun menerusi filem Kami.

Bagaimanapun, katanya, KL Gangster Underworld ini lebih matang dan ganas berbanding filem-filem aksi yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Dulu masa filem Kami dan Juvana saya bawa watak jahat tapi budak-budak, bahasa pun masih saya dan awak. Kali ini lebih matang dan ganas banyak juga saya merokok dalam drama ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zahiril mengakui puas dengan kebebasan yang diberi dalam melakonkan watak tersebut.

Bagaimanapun, dia berkata, cabaran adalah untuk menjaga batas agar penonton tidak membenci apabila lakonan tersebut berlebih-lebihan.

“Puas sebab bebas tanpa sekatan kerana siaran ini hanya untuk internet sahaja, sayang kalau kita tak buat betul-betul dengan kebebasan yang diberi.

“Namun, cabaran pula takut kita terbuat berlebih-lebihan sehingga orang menyampah,” ujarnya.

Drama KL Gangster Underworld yang diterbitkan oleh Skop Production ini diarahkan oleh Faizal Ishak.

Selain Zahiril drama ini turut dilakonkan oleh Nabila Huda, Beto Kusyairi, Azhan Rani, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah dan Dynas Mokhtar.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");