Perak Hari Ini

3,140 Pegawai Polis Kawal Keselamatan, Lalu Lintas Sempena Sukma 2018

IPOH:Seramai 3,140 Pegawai Polis dan lima agensi ditugaskan bagi mengawal lalu lintas dan keselamatan sempena pengajuran Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang berlangsung.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan menerusi satu kenyataan media berkata Pdrm Perak selaku ketua agensi keselamatan dan lalu lintas akan memastikan semua aspek keselamatan serta kelancaran sepanjang kejohanan itu berlangsung.

“Sebanyak 5 agensi terlibat iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, Kementerian Kesihatan Malaysia,Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,Jabatan Rela Negeri Perak dan Pihak berkuasa Tempatan,” katanya.

Katanya kesesakan lalu lintas dijangka berlaku semasa Majlis Perasmian Pembukaan pada 11 September dan Majlis Penutupan Kejohanan pada 22 September berikutan kehadiran orang ramai pada majlis tersebut.

Pihak Polis katanya akan menempatkan Pegawai trafik di kawasan strategik berikut beberapa jalan akan dilencongkan dan ditutup untuk mengawal aliran lalu lintas.

Antara jalan yang dilencongkan/ ditutup iaitu:

-Dari Jalan Dato Lau Pak Kuan akan dilencongkan ke Jalan Ghazali Jawi dan Jalan Kompleks Sukan (Kampung Simee).

-Jalan Kompleks Sukan (Kampung Simee) pula akan dilencongkan ke Jalan Dato Lau Pak Kuan dan Jalan Ghazali Jawi.

-Jalan Raja Ashman Shah ke Jalan Ghazali Jawi pula akan dilencongkan ke Jalan Kamaruddin Isa, Bulatan Stadium dan Jalan Dato Lau Pak Kuan.

-Jalan Kompleks Sukan, dari Bulatan Stadium dan Lebih Cecil Rae dari Jalan Ghazali Jawi kan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan awam.

Lencongan dan penutupan jalan akan dibuat seawal jam 8 pagi.

Sementara itu, hanya Kenderaan tetamu kehormat, bas atlet dan kenderaan seketeriat sahaja dibenarkan bagi jalan yang ditutup.

Jalan Raja Ahsman Shah ke Jalan Kompleks Sukan (PERNAMA) juga turut akan ditutup.

Menerusi kenyataan yang sama, polis juga menasihati agar orang ramai supaya menggunakan tempat meletak kenderaan yang beberapa lokasi disediakan bagi mengelak sebarang kesesakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");