Jenayah

4 Pengurusan Tertinggi NAFAS Direman Bantu Siasatan

SHAH ALAM: Seorang Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersama tiga pengurus jabatan pertubuhan itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung menerima suapan dalam bentuk percutian, tiga tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Khairul Nizam Abu Bakar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, Khairul Nizam memerintahkan tahanan reman itu berkuatkuasa hari ini.

Tahanan reman terhadap semua suspek berusia 36 hingga 48 tahun itu, yang bertugas di ibu pejabat NAFAS, dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, keempat-empat pengurusan tertinggi NAFAS itu menerima suapan dalam bentuk percutian golf ke Jakarta, Indonesia berjumlah RM10,000 daripada sebuah syarikat sebagai balasan meluluskan projek penghantaran jentera ke negara terbabit pada 2015.

Kesemua mereka ditahan di SPRM Selangor dan Putrajaya semalam, antara jam 5.45 petang hingga 9 malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");