Perak Hari Ini

40 Ribu Orang Dijangka Hadir Perasmian Sukma Perak 2018

IPOH: Persembahan lampu laser berteknologi tinggi yang ditembak pada skrin layar yang berada di tengah-tengah padang Stadium Perak, kepelbagaian persembahan kebudayaan, replika mata keris gergasi yang dijadikan sebagai obor merupakan antara tarikan yang bakal menanti penonton pada majlis perasmian Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, Selasa nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri, Howard Lee Chuan How berkata kehadiran sekitar empat ribu orang ke acara raptai perasmian Sukma di Stadium Perak malam tadi cukup membuktikan keghairahan rakyat Perak terhadap penganjuran sukan temasya tersebut.

Ujarnya, beliau menjangkakan sekitar 40 ribu penonton bakal membanjiri perkarangan Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh itu nanti.

“Saya rasakan ia akan penuh. Stadium Perak sahaja boleh menampung 25 ribu orang penonton.

“Ditambah dengan kehadiran karnival-karnival di sekitar stadium. Tiga skrin gergasi yang diletakkan sekitar perkarangan stadium termasuk di Pusat Akuatik juga bakal menarik lebih ramai lagi orang ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Acara Raptai Penuh Perasmian Sukma di Stadium Perak, dekat sini, pada Sabtu.

Turut kelihatan hadir, Perunding Kejohanan Sukma Perak 2018, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal.

Acara raptai sebentar tadi turut melibatkan lebih enam ribu orang peserta pesembahan dan urus setia.

Majlis Perasmian Sukma 2018 dijangka bakal berlangsung sekitar jam 8 malam, 11 September ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan kerabat diraja bakal berangkat ke majlis berkenaan.

Acara penutup Sukma Perak 2018 bakal berlangsung pada 22 September di lokasi yang sama dan ianya akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");