Perak Hari Ini

500 Pelajar Bakal Sertai Perarakan Sayangi Malaysiaku Di Buntong

IPOH: Dalam menyemarakkan lagi kehangatan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, sekitar 500 orang pelajar sekolah di Buntong akan menyertai acara Perarakan Sayangi Malaysiaku pada 12 September ini.

Ia bakal melibatkan penyertaan daripada 11 buah sekolah yang antaranya ialah, Sekolah Kebangsaan (SK) Buntong, SK Dato Panglima Kinta, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuh Hua dan Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam berkata acara perarakan sekitar 1 kilometer yang melibatkan kesemua pelajar sekolah tersebut akan bermula di Padang Kelab Rekreasi Masyarakat India, Buntong, dekat sini, seawal jam 8 pagi.

“Ia akan diketuai oleh satu pasukan pancaragam. Semua wakil sekolah akan berarak dan ianya juga akan dinilai dari sudut keceriaan dan nilai kreativiti dalam mereka mempamerkan reka bentuk pakaian dan sepanduk masing-masing.

“Pasukan perarakan yang paling menarik bakal dinobatkan juara serta bakal membawa pulang hadiah dan saguhati daripada penganjur,” katanya.

Tambahnya, selain perarakan, program tersebut juga bakal diisi dengan pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti, pengedaran Jalur Gemilang kepada pelajar dan orang awam serta persembahan pentas yang bertemakan kepelbagian kaum di Malaysia.

Ujarnya lagi, Perarakan Sayangi Malaysiaku itu akan dihadiri Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Pada masa sama, Sivasubramaniam turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana bersetuju untuk mengadakan acara tersebut yang julung kali diadakan di kawasanya itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri mesyuarat berkenaan penganjuran Perarakan Sayangi Malaysiaku di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Methodist Buntong, dekat sini, pada Rabu.

Sementara itu, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara, Hui Sing Mun yang ditemui berkata, pihaknya menyambut baik sebarang usaha penganjuran majlis yang bertemakan kenegaraan.

“Kami memang mengalu-alukan program ini kerana ia akan dapat membantu memupuk semangat kecintaan kepada negara dalam jiwa murid-murid,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");