Perak Hari Ini

99 Tahun: Tempoh Maksimum Pemberian Hak Milik Tanah

IPOH – Tindakan kerajaan Perak memberikan hak milik kekal tanah adalah untuk kepentingan awam serta bergantung kepada beberapa kriteria termasuk hak milik khas atau “Special Circumtation”.

Mantan Pengarah Tanah dan Galian Perak, Datuk Abu Zar Omar berkata masyarakat perlu faham bahawa terdapat dua jenis tanah iaitu pemilikan tanah kekal dan tanah di bawah pajakan iaitu selama 99 tahun serta yang melibatkan tanah-tanah yang diperlukan oleh kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Lanjutan daripada Isu “Special Circumtation” yang dikendalikan oleh Majlis Tanah Negara telah memutuskan pajakan tanah pada kali pertama iaitu 30-60 tahun dan persidangan pada kali kedua pula ditetapkan 60 tahun kadar minimum dan 99 tahun kadar maksimum,” katanya pada sesi forum Bicara Harapan Rakyat Siri 1: Hala Tuju dan Masa Depan Negeri Perak, Keadilan Sosial & Demokrasi.

Forum tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Prof Datuk Dr. Hasan Basri Awang Mat Dahan, Mantan EXCO Negeri Mohd Zainuddin Mohd Yusof, Penguam Wan Koon Seng dan ia dipengerusikan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Petronas Prof Madya Dr. Fakhruldin Mohd Hashim.

Terdahulu, Abu berkata hasil rekod daripada peristiwa Perak tahun 2008, Majlis Tanah Negara bersidang sekali lagi dan mengesahkan hak milik pajakan tanah di Kampung Baru Cina hanya peringkat pajakan selama 99 tahun.

Jelasnya, terdapat dua kategori tanah iaitu pajakan dan tanah khas yang ditentuka oleh Majlis Tanah Negara.

“Pada asalnya tanah hak milik selama-lamanya dan gabungan tanah hak kerajaan di dalamnya yang dimajukan atau disatukan untuk kemajuannya adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan kelebihan tanah selama-lamanya kepada pemilik tanah walaupun polisi selama 99 tahun, “ katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");