Perak Hari Ini

Abdul Latif Sumbang Emas Buat Perlis

IPOH:Seperti sudah dijangka, atlet lompat jauh negara kelahiran Perlis Abdul Latif Romly berjaya menghadiahkan emas buat negerinya pada acara lompat jauh lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 dengan mengatasi atlet normal, hari ini.

Atlet para itu berjaya melakukan lompatan sejauh 7.46 meter mendahului atlet Sabah Andre Anura@Anuar dengan catatan meter 7.39m di Stadium Perak.

Gangsa pula menjadi milik Muhamad Nazri Mustafa dari Kedah yang mencatatkan sejauh 7.28m.

Biarpun turun selaku juara bertahan di SUKMA, Latif pada mulanya mengakui tidak berani menjanjikan pingat emas buat kontinjennya berikutan kecederaan buku lali kanan yang dialaminya ketika sesi latihan baru-baru ini.

Bagaimanapun Latiff telah menunjukkan aksi yang baik pada Sukma 2018 kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");