Panasnya Hari Ini

Ada Lagi Ahli Parlimen Tinggalkan Umno

SANDAKAN – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata memang terdapat ramalan dan sumber yang mengatakan akan ada lagi ahli parlimen Umno akan keluar parti.

Namun, beliau yang juga Timbalan Perhubungan Umno Sabah berkata ini masih tidak boleh didedahkan kerana bimbang akan menjadi fitnah.

“Dalam senario sekarang akan ada ahli parlimen Umno termasuk dari Sabah akan ikut (keluar parti),” katanya kepada Bernama, hari ini.

Terbaru, dua lagi ahli parlimen Umno mengumumkan keluar dari parti iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed (Parlimen Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Parlimen Kimanis).

Ditanya jika kemungkinan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan menurut langkah adiknya Anifah keluar dari Umno, beliau enggan mengulas lanjut.

Mengenai kedudukannya dalam Umno, Bung Moktar berkata beliau akan terus kekal dalam parti itu yang menjadi wadah perjuangannya.

Menurutnya beliau tidak akan membuat keputusan yang akan menjejaskan perjuangan parti itu kerana percaya Umno akan bangkit semula lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");