Berita Hari Ini

Adu Salah Guna SST Melalui WhatsApp

ALOR SETAR – Orang ramai yang mempunyai aduan berhubung cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kini boleh berbuat demikian menerusi aplikasi WhatsApp, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, penggunaan aplikasi media sosial itu sebagai saluran alternatif bertujuan memudahkan pengguna yang perlu menyertakan nama penuh, gambar resit serta nama premis yang berkenaan ke talian 019-2794317.

“Tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam,” katanya selepas menghadiri Majlis Taklimat Pelaksanaan SST oleh Jabatan Kastam di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima 642 aduan menerusi WhatsApp sejak medium itu diperkenalkan pada 1 Sept lalu dengan kebanyakannya melibatkan harga makanan dan minuman di restoran.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata sejak pelaksanaan SST pada 1 Sept lalu, pihaknya menyaksikan penurunan harga barang  0.2  hingga 12.9 peratus.

Sementara itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir ketika berucap merasmikan  majlis tersebut berkata, SST yang dilaksanakan kerajaan PH lebih mesra rakyat berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan terdahulu

” Melalui SST barangan cukai dikurangkan hingga 5,000 barangan iaitu 38 peratus berbanding 60 peratus semasa GST dahulu.

“Kerajaan PH juga berjanji tidak akan songlap duit-duit yang diperolehi dari SST ini dan sekiranya ada wakil kerajaan yang terlibat dengan pecah amanah maka akan dikenakan kuasa undang-undang sedia ada,” katanya.

Lebih 200 orang yang terdiri daripada Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Anggota Dewan undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan hadir pada taklimat itu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");