Berita Hari Ini

Amanah Buka Peluang Rakyat Soal Jawab Dengan Menteri

KUALA LUMPUR: Amanah membuka peluang kepada rakyat untuk bertemu dengan barisan menteri persekutuan daripada parti itu dalam satu program soal jawab yang akan diadakan 22 September ini.

Setiausaha Agung Mohd Anuar Mohd Tahir berkata program berkonsepkan bual bicara antara menteri dan rakyat itu melakar sejarah tersendiri kerana ia tidak pernah diadakan oleh mana-mana parti sebelum ini.

“Rakyat boleh datang untuk tanya dan cadang apa sahaja kepada mereka pada hari tersebut. Saya percaya program sebegini akan merapatkan lagi jurang antara rakyat dan menteri,” katanya.

Amanah mempunyai 5 orang menteri dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Mohamad Sabu (pertahanan), Khalid Samad (wilayah), Dr Dzulkefly Ahmad (kesihatan), Mujahid Yusof Rawa (agama) dan Salahuddin Ayub (pertanian dan industri asas tani).

Anuar berkata semua menteri berkenaan bersetuju untuk menyertai program tersebut.

Ia akan diadakan di Dewan Besar Tun Razak, Temerloh, Pahang sempena ulangtahun ke-3 parti Islam itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");