Berita Hari Ini

Annuar Musa Hargai Tun M Tak Pecahkan Mara

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyambut baik hasrat kerajaan yang membatalkan rancangan untuk memecahkan peranan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada beberapa kementerian.

Bekas Pengerusi Mara itu turut berharap Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat menunaikan amanah menjaga institusi itu dengan baik.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang bersetuju membatalkan hasrat memecahkan peranan Mara kepada beberapa kementerian berlainan.

“Saya berharap kementerian yang dipertanggungjawabkan akan menunaikan amanah ini dengan baik. Insya-ALLAH,” katanya di laman Twitter hari ini, lapor Sinar Online.

Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Mara kini diletakkan bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar berkuat kuasa serta merta.

Menurut Dr Mahathir, sebelum ini timbul beberapa kekeliruan berhubung kedudukan terkini Mara dibawah kerajaan PH.

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Mara akan dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa kementerian membabitkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");