Berita Hari Ini

Anwar Hanya Angkat Bahu Ketika Ditanya Rancangan Saiful

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengangkat bahu apabila wartawan meminta beliau memberi komen mengenai hasrat Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Anwar menghadiri majlis pelancaran bilik gerakan PKR di PD Waterfront di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini ketika Saiful dilapor akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pada majlis yang sama, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu penyokong parti itu bahawa pihaknya akan menangkis apa sahaja tuduhan yang akan dibuat Saiful.

“Dia baling tahi, kita sambut dengan bunga,” Saifuddin memberitahu kira-kira 200 orang yang hadir.

Menurut beberapa laporan berita Saiful berkata keputusannya untuk menjadi calon tidak ada kaitan dengan isu peribadi atau politik kepartian.

“Saya hanya mahu mewakili rakyat dan meraikan demokrasi,” kata Saiful seperti dilapor Free Malaysia Today.

Saiful, 33, pernah menjadi kakitangan di pejabat Anwar.

Pada tahun 2008, beliau membuat laporan polis dan mendakwa diliwat bekas majikannya itu.

Tuduhan berkenaan menyebabkan Anwar dipenjarakan pada tahun 2015.

Anwar mendapat pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei tahun ini selepas BN tewas pada pilihan raya umum ke-14.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");