Perak Hari Ini

Badminton Sukma Perak 2018: Pasukan Wanita Ubati Kedukaan Peminat

IPOH: Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dimanfaatkan sepenuhnya pasukan wanita Perak badminton ketika menentang Sabah dalam acara Badminton Wanita Kumpulan A, Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 di Arena Badminton Perak, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), petang tadi.

Penguasaan gelanggang oleh pemain perseorangan tuan rumah, Lee Ying Ying dengan Arena Satu Samin dari Sabah, berjaya mengubati kedukaan peminat Badminton Perak pagi tadi.

Pukulan smash Ying Ying di set pertama berjaya meletakkan tuan rumah dihadapan dengan mata 21-15 dan diikuti dengan kesilapan Arena yang seterusnya menghadiahkan mata 21-9 kepada Perak.

Momentum yang ditunjukkan pemain perseorangan itu kemudiannya diteruskan dengan persembahan terbaik pasukan beregu Perak, yang diwakili Desiree Siow Hao Shan dan Valeree Sio Zi Xuan dalam menentang Fong Yii Zhi dan Petricia Eleng Samin, dari Sabah dengan pungutan mata 21-14 dan 21-13.

Perak terus mengorak langkah kehadapan apabila wakil perseoranganya Eoon Qi Xuan berjaya menundukkan wakil Sabah, Leonilla Alauni Molin dengan mata 21-10 dan 21-9.

Percubaan pasukan beregu Sabah menerusi pemainnya, Maya Shakina Subarto dan Nur Hazwani Hanapi dalam menandingi pasukan beregu tuan rumah gagal apabila, Chew Jia Hui dan Chew Jia Wern berjaya memberi mata kepada Perak 21-13 dan 21-16.

Nur Ernisa Alya Zainal Abidin kemudiannya terus tampil menafikan kemenangan wakil Sabah, Velerry Yap Ka Ying dengan mata 21-10 dan 21-16.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");