Panasnya Hari Ini

Baik Calon Tempatan Tanding Lawan ‘PM In Waiting’: KJ

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar calon tempatan diwakili BN dalam pertandingan PRK di Port Dickson susulan pengumuman pengosongan kerusi Ahli Parlimen Port Dickson, hari ini.

Memetik laporan Sinar Online, Khairy berkongsi cadangan di Twitter peribadinya berkata, pengalaman politik di Negeri Sembilan sebelum ini mendapati kawasan PD atau dulunya Teluk Kemang lebih baik diwakili calon tempatan.

Menurutnya, walaupun sukar untuk BN menang, adalah lebih baik calon yang diketengahkan BN calon tempatan.

“Dah confirm PM in waiting akan bertanding di Port Dickson. Ramai cadangkan nama Tok Mat (Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Adun Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan).

“Saya ada sedikit pengalaman politik di Nismilan. PD atau dulu Teluk Kemang lebih baik diwakili calon tempatan. Walupun sukar untuk BN menang, lebih baik calon local,” katanya.

Khairy berkata, kalau calon tempatan, individu yang paling sesuai bagi pendapatnya ialah Adun Linggi, Rahman Redza.

“Masih 40-an. Seorang peguam lulusan London School of Economics. Adun dua penggal dengan prestasi yang baik,” kongsinya.

Sidang media di Ibu Pejabat PKR siang tadi telah merungkai teka-teki apabila hari ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah secara sukarela mengosongkan kerusinya buat Anwar bagi membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke lapan kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");