Jenayah

Bakar Diri Gara-Gara Tidak Dapat Telefon Bimbit

CHENNAI – INDIA. Gara-gara kecewa tidak mendapat telefon bimbit sebagai hadiah harijadi, seorang pelajar nekad membakar diri di rumahnya di Kolathur, Chennai.

Pada awalnya, pelajar perempuan bernama Malathi itu bergembira menyambut hari lahir pada malam Khamis lalu bersama sanak saudara dan rakan-rakannya.

“Beberapa ketika selepas tetamu meninggalkan rumah, mangsa meminta telefon bimbit daripada bapanya yang telah berjanji memberikannya hadiah itu sempena hari lahir ke-18 .

“Bapa mangsa cuba menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelikan telefon bimbit dan akan menunaikan janjinya bulan depan,” kata pegawai polis.

Malathi kemudian mengunci pintu lalu cuba membakar diri sebelum ahli keluarga berjaya memecahkan pintu bilik dan membawanya ke Hospital Perubatan Kilpauk, Chennai sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Malathi dikatakan mahu bapanya membelikan telefon bimbit selepas melihat rakannya memuat naik beberapa keping gambar dan pesanan di media sosial, mangsa turut berkata telefon bimbit itu amat diperlukan bagi urusan pengajian kerana boleh bertukar bahan pembelajaran dengan rakan sekelas. – Times of India

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");