Sukan Hari Ini

Barcelona Perkenal Kit Ketiga Merah Jambu, Salah Satu Versi Dijual Harga Tinggi

PASUKAN Barcelona memperkenalkan kit berwarna merah jambu untuk kempen kali ini.

Bagaimanapun, harganya tidak murah untuk para penyokong dengan versi paling mahal mencecah £99.95 (RM539.18)

Kit tersebut yang dikeluarkan pada Rabu, memberi penghormatan kepada bandar Barcelona, dan ciri rekaan dinamiknya berinsipirasikan dari salah satu jalanannya yang terkenal, Avinguda Diagonal.

Memetik laporan di laman web rasmi kelab itu, baju dengan dua rona itu menggabungkan warna merah gelap bagi mempamerkan kesinambungan merah jambu.

Baju bagi dewasa dijual pada harga biasa £64.95 (RM350.67). Kit untuk kanak-kanak dan bayi turut dijual.

Kit ketiga itu menyempurnakan barisan jersi Barcelona untuk kempen kali ini, dengan jersi tuan rumah meraikan 10 daerah utama di bandar itu, manakala kit kuning menggambarkan kempen 2005-2006 semasa kelab itu memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga. – Mail Online UK

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");