Perak Hari Ini

Bas Shuttle Disediakan Untuk Orang Awam Hadiri Majlis Perasmian Sukma 2018 Esok

IPOH:Sekretariat Sukan Malaysia SUKMA XIX telah menyediakan khidmat bas ulang-alik (shuttle bus) untuk orang awam menghadiri majlis Perasmian SUKMA XIX 2018 di Stadium Indera Mulia esok.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri,Howard Lee berkata perkhidmatan bas ulang-alik disediakan bagi membawa orang awam ke Stadium Indera Mulia sempena Perasmia SUKMA XIX 2018 berikutan penutupan jalan yang dilakukan oleh Pihak Polis bagi mengawal lalu lintas sepanjang Perasmian.

“Beberapa kawasan yang telah dijadikan tempat menunggu adalah seperti berikut :

  1. Padang Polo
  2. Pejabat Pendidikan Daerah Kinta
  3. Taman DR Seenivasagam
  4. Kem Pertahanan Awam
  5. Institut St. John
  6.  Klinik Greentown
  7. Medan Istana

“Perkhidmatan bas ulang-alik ini akan bermula pada pukul 3 petang sehingga 12 malam sepanjang hari Selasa, 11 September 2018 perjalanan sekitar 20 minit,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");