Berita Hari Ini

Beg Plastik Beras, Bangunan Tanpa Strata Dikecualikan SST

“Sebelum ini, beras memang dikecualikan daripada SST, namun terdapat permintaan daripada pengilang melalui taklimat ini untuk mengecualikan juga bekas plastik yang digunakan untuk membungkus beras dan kita lakukan demi mengurangkan kos mereka.

“Selain itu, kita juga mengecualikan bangunan yang tidak mempunyai hak milik strata daripada bayaran SST berbanding sebelum ini yang mana hanya bangunan mempunyai hak milik strata mendapat pengecualian itu…kerajaan rasa tak patut bangunan tidak berstrata terpaksa membayar lebih,” katanya pada sidang media, di sini.

Pada masa sama, kata Guan Eng, minuman berperisa koko yang sebelum ini dikenakan SST sebanyak 10 peratus turut dikurangkan kepada lima peratus bagi diselaraskan dengan semua jenis minuman.

Selain itu, harga bagi sesetengah kereta import turun selepas pelaksanaan SST berikutan ia mengguna pakai model pemasangan tempatan (CKD) iaitu proses pemasangannya dilakukan di dalam negara.

“Kita membuat pengecualian terhadap kereta import kalau ia membabitkan barangan bahan tempatan dan dipasang di sini sebab itu harganya lebih rendah dari GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).

“Lagi tinggi bahan tempatan yang digunakan bagi pemasangan kereta import, lagi banyak harga yang boleh diturunkan,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng menyertai Taklimat SST bersama Menteri Kewangan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri T Subromaniam dan Penasihat Menteri Kewangan, Datuk Ooi Kok Seng.

Guan Eng berkata, dalam tempoh dua minggu taklimat SST yang diadakan di seluruh negara, beberapa ‘ruang kosong’ atau kekurangan sepanjang pelaksanaan sistem cukai itu berupaya ditambah baik.

Katanya, kerajaan terpaksa melaksanakan SST dengan kadar segera bagi mengelakkan negara menghadapi defisit pengurusan yang boleh menjurus kepada kesan buruk.

“Kita tak boleh membenarkan ia berlaku sebab itu kita laksanakan SST bermula 1 September lalu kerana perbelanjaan pengurusan tidak boleh berada dalam keadaan defisit tetapi harus ada lebihan.

“Justeru, wujud kekurangan (pelaksanaan SST) tapi dalam tempoh dua minggu ini kebanyakannya sudah diperbetulkan hasil dialog bersama pihak berkepentingan termasuk wakil industri dan pengguna.

“Ia termasuk pengurangan cukai sebanyak lima peratus terhadap kosmetik dan mengecualikan SST terhadap makanan laut serta rawatan di hospital swasta, ” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");