Perak Hari Ini

Beguk: Pasukan Boling Padang Wanita Negeri Sembilan Pula Tarik Diri

IPOH:Pasukan boling padang wanita Negeri Sembilan pula mengumumkan keputusan menarik diri daripada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 ekoran seorang daripada atlet mereka disahkan mengalami beguk (mumps).

Tindakan tersebut merupakan pengumuman kedua selepas pasukan futsal lelaki dan wanita Sabah yang turut mengambil langkah yang sama setelah atletnya disahkan mengalami gejala yang sama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata, keputusan tersebut diambil pasukan Negeri Sembilan setelah seorang atlet boling padang wanita negeri itu yang berusia 19 tahun disahkan positif beguk semalam.

“Pesakit dilaporkan mengadu sakit dibahagian rahang kiri pada Isnin lalu telah diperiksa oleh Pakar perubatan Sukan Negeri Sembilan pada hari yang sama sebelum diarah untuk dikuarantin seterusnya kes dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kinta pada 11 September untuk diambil sampel mangsa dan menghantarnya bagi dianalisis dan disahkan positif beguk oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh semalam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya seramai sembilan atlet dan dua pegawai yang terdedah dengan penyakit itu telah pun pulang ke Negeri Sembilan malam tadi bagi tujuan rawatan dan pemulihan.

Katanya bagi acara boling padang campuran, pertukaran seorang atlet dilakukan di mana seorang atlet wanita yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pasukan boling padang negeri itu akan dibawa ke Ipoh.

Katanya,tindakan tersebut diambil bagi memastikan pasukan boling padang campuran Negeri Sembilan dapat meneruskan perjuangan dalam acara campuran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");